Wednesday 27 November 2013

Ubat Bawah Lidah / Sublingual Glyceryl Trinitrate 0.5mg


Kebiasaannya, pesakit jantung yang mendapat rawatan hospital kerajaan seperti saya, diberikan pill atau tablet "standby" dikenali sebagai Sublingual Glyceryl Trinitrate 0.5mg. Pill ini diambil dan diletakkan di bawah lidah dan dibiarkan ia cair sendiri sekiranya pesakit jantung merasa ia mengalami serangan jantung (berdasarkan simptom-simptom yang diketahuinya).
 
Pill ini mempunyai tarikh luput dan dibuang sekiranya dah expired.  Minta bekalan baru dari hospital berkenaan.
 
Pada setiap botol gelap (ubat ini amat sensitif kepada cahaya) terdapat catatan berikut:
1)   Letakkan satu biji di bawah lidah bila sakit dada.
2)   Jika masih sakit selepas 5 minit, letakkan biji kedua.
3)   Jika masih sakit selepas mengambil biji ketiga, hubungi Pegawai Perubatan dengan segera.
4)   Jangan guna ubat yang diterima lebih dari 8 minggu.
5)   Jangan simpan bersama ubat lain atau dalam bekas plastik.
6)   Jangan simpan di tempat panas atau peti sejuk.

No comments:

Post a Comment