Tuesday 26 November 2013

Salam Perkenalan



Assalaamu'alaikum para sahabat UDA

Blog ini khusus buat sahabat UDA i.e. yang telah bersara atau masih berkhidmat di UDA, di mana jua anda berada.  Lebih tumpuan kepada mereka yang mengidap penyakit no. 1 di Malaysia (mungkin juga di dunia) iaitu sakit jantung dan pernah mengalami serangan jantung (heart attack).  Kepada sahabat-sahabat yang masih sihat dan belum pernah mengalami serangan jantung atau sakit jantung ini, bolehlah mengambil iktibar dan sebagai langkah berjaga-jaga, i.e. sediakan payong sebelum hujan!

Pada tanggal 27 November 2013, hari Rabu bersamaan 23 Muharram 1435H, lahirlah blog ini atas permintaan rakan2 juga.  Blog pertama saya berjodol gegarsyeh.blogspot.com mengandungi bermacam-macam artikel yang menarik termasuk maklumat tentang pengalaman sakit jantung dan nasihat tentang kesihatan.  Jadi bagi memudahkan sahabat menumpu kepada faktor kesihatan sahaja, di dalam blog ini saya asingkan artikel-artikel yang berkaitan.

Sila ambil perhatian, kebanyakan artikel saya "copy & paste" dari website kesihatan.  Sehubungan dengan ini, saya tidak akan bertanggungjawab kiranya berlaku sesuatu yang tidak baik kepada pembaca blog ini akibat dari mengikut nasihat dari artikel tersebut.

Saya mengalu-alukan sebarang komen yang membina, kata-kata nasihat atau sebarang artikel yang boleh membantu kita menjalani gaya hidup sihat sepanjang masa sehinggalah ke hujung hayat.

Kelab ini bukanlah kelab yang berdaftar dan tiada sebarang yuran dikenakan.  Sesiapa saja boleh menjadi ahli kelab ini bertujuan berkongsi pengalaman khasnya berkaitan jantung.

Okay lah buat permulaan, bye ..... Wassalam.

- Mahdzar bin Ahmad bin Obaid bin Said bin Ahmad Said bin 'Audz bin Ali Baladram

No comments:

Post a Comment