Tak dinafikan, apabila kita jatuh sakit, hati menjadi gundah kerana
kebiasaan yang selalu dilakukan tidak boleh dilakukan kerana banyak
sangat pantang larangnya (khasnya tentang makan dan minum). Bila kena
diabetes, kegemaran kepada makanan dan minuman manis menjadi "musuh
ketat". Bila kena serangan jantung dan level kolestrol yang tinggi, kena
hadkan makanan yang berminyak dan berlemak dan macam2 lagi yang
dinikmati selama ini sudah tidak boleh dinikmati lagi. Janganlah
berkecil hati atau berasa gundah kerana kita belum melihat ada orang
yang jauh lebih menderita sakit daripada kita. Sesekali pergilah
berjalan-jalan di hospital. Bermacam2 keadaan pesakit dapat dilihat.
Contohnya, di dalam wad patah, manusia macam robot - cucuk besi di
kepala, di lutut, di buku lali dan macam2 lagi. Kita yang boleh bergerak
bebas dan melakukan banyak perkara patut bersyukur kerana ramai yang
terlantar sakit di atas katil hospital dah berbulan-bulan.
"Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku." -
petikan dari Al-Qur'an. Se potong ayat ini sudah cukup menenangkan aku
dan memberi harapan untuk terus menikmati kehidupan ini. Putus asa bukan
style aku (tak dak pun dalam dictionary aku).
Berikut adalah petikan dari web PanduanIslam.com :-
Allah akan utuskan 4 Malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa...
Jadi, para saudara dan sahabat2ku yang mengalami kesakitan, jangan
bersedih, berputus asa dan gundah kerana "it's not the end of the
world." Dengan mengalami kesakitan (walaupun se kadar duri yang
tertusuk di tapak kaki - maksud hadith) sebahagian dosa kita telah
digugurkan dari buku senarai dosa. Yang bahayanya ialah kita sentiasa
sihat, selalunya kita lupa kepada Allah. Betoi tak?
No comments:
Post a Comment