Wednesday 27 November 2013

CHECKLIST - tanda-tanda awal serangan jantung.

Apakah Tanda-Tanda Awal Masalah Sakit Jantung?

Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.
  • Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  • Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  • Lidah terasa tegang dan pendek.
  • Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  • Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  • Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  • Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  • Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  • Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  • Rasa keletihan sepanjang masa.
  • Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  • Degupan jantung tidak menentu.
  • Nafas terasa pendek.
  • Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  • Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  • Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda…

Sumber: Wartashubhi | Koleksi Artikel Kesihatan Melayukini.net

NOTA: Untuk makluman, saya mengalami kebanyakan tanda-tanda di atas sebelum dan semasa serangan jantung pada 22 November 2008 di Pulau Langkawi dulu. Malah, kadang-kadang sesetengah tanda-tanda tersebut masih ujud hingga sekarang misalnya berpeluh yang luarbiasa, rasa keletihan, kepala berpusing tidak seimbang dan degupan jantung tidak menentu. Kadang-kadang terasa sedikit sakit di bahagian jantung, khususnya pada waktu malam hendak tidur tetapi tidak berpanjangan. Wallaahu wa'alam.

2 comments:

  1. Jantung tersumbat??? Banyak kolestrol?
    *menunggu hari buat by pass?
    *menunggu hari pasang stent?

    T a n g g u h k a n D u l u ! ! ! Ramai yg dah berjaya..BUKAN sekadar bukti dgn testimonial! Tak perlu lagi kos puluhan ribu... hanya ratusan SAHAJA!!!
    Kami buktikan anda fikirkan... jgn berlengah lagi!!! Jantung anda semakin
    L E M A H ! ! !

    click:
    http://dryuslytasly.com

    Whatapps 0132017928 untuk harga promosi...

    ReplyDelete
  2. Jantung tersumbat??? Banyak kolestrol?
    *menunggu hari buat by pass?
    *menunggu hari pasang stent?

    T a n g g u h k a n D u l u ! ! ! Ramai yg dah berjaya..BUKAN sekadar bukti dgn testimonial! Tak perlu lagi kos puluhan ribu... hanya ratusan SAHAJA!!!
    Kami buktikan anda fikirkan... jgn berlengah lagi!!! Jantung anda semakin
    L E M A H ! ! !

    click:
    http://dryuslytasly.com

    Whatapps 0132017928 untuk harga promosi...

    ReplyDelete