Tuesday 26 November 2013

Borang tuntutan perubatan JPA (Pencen)

Untuk makluman, rakan-rakan yang dah bersara dari perkhidmatan Kerajaan @ pencen, boleh membuat tuntutan perubatan melalui Borang Perubatan 1/09 - Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.

Langkah-langkah / syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah:

1) ubat-ubat yang dibeli di farmasi (di luar Hospital Kerajaan) disahkan oleh doktor yang merawat kita, tiada atau tidak dibekalkan oleh farmasi hospital berkenaan, contohnya Plavix 7.5mg atau Coralan 7.5mg (Ivabradine);

2) dapatkan resit dari kedai ubat / farmasi (himpun semua resit);

3) isi Borang Perubatan 1/09 - Borang ini boleh dimuaturun dari website http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp.  (contoh Borang seperti di bawah ini - Lampiran E).


 
4) dapatkan tandatangan doktor pakar yang merawat kita di Borang tersebut (Lampiran F di atas, m/s 25);

5) dapatkan tandatangan Pengarah Hospital di Borang tersebut (Lampiran F di atas, m/s 25) dan

6) pos laju / ekspres semua dokumen termasuklah Borang, Resit Asal pembelian ubat dan satu salinan fotokopi Kad Pesara (depan & belakang di atas muka kertas A4). Pastikan anda fotostat dan simpan satu salinan Borang yang telah lengkap dan resit Asal yang dihantar ke JPA, kerana kadang-kadang berlaku kehilangan atau tercicir dan akan menimbulkan masalah.

Selalunya bayaran balik akan diterima dalam tempoh 1 bulan dari tarikh dihantar.

No comments:

Post a Comment