Tuesday 26 November 2013

Mereka yang kita kenal telah kembali .... kerana jantung

Di antara mereka yang kita kenal (foto di atas) telah kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung pada usia yang boleh dikategorikan sebagai masih muda.


 Terkujur kaku, mayat Allahyarham Hani Mohsin pada 25/7/2006 di lapangan terbang Subang kerana serangan jantung.






Tidak ketinggalan dua orang sepupu saya, Roslan Abd. Rahman @ Ahmad (foto di atas). Berusia 50 tahun, tidak merokok. Pada suatu hari, dalam bulan Ramadhan, ia memasak masakan yang enak dan menjemput kedua orang ibubapa mertuanya datang berbuka puasa dirumahnya di Jalan Pantai Jerejak, Pulau Pinang.  Selepas berbuka puasa, tiba-tiba ia rebah dari kerusi di meja makan dan kembali ke rahmatullah.  Allah rahmati ruhnya.

Seorang lagi sepupu saya, A/Y Abdul Rahim Yusof (foto di bawah, di hadapan sekali) juga telah kembali pada usia awal 50 tahun dan tidak merokok. Pada suatu hari, ia bangun di waktu tengah malam dan mengeluh sakit dada, terus kembali ke rahmatullah dan tidak sempat ke hospital. Allah merahmati ruhnya. Amiin.


No comments:

Post a Comment