Tuesday 3 December 2013

Pengalaman mengidap kencing manis

Pada awal tahun 2010, berlaku satu perubahan pada diri saya (iaitu selepas setahun lebih kena serangan jantung). Mula-mula penglihatan agak sedikit kacau. Tonton TV atau memandu tak payah pakai cermin mata, pelik jugak. Nak membaca agak sukar kalau tulisan kecil, samada dengan atau tanpa cermin mata. Jadi saya pun membuat cermin mata baru kerana mungkin power dah bertambah. Selang beberapa hari, diganggu lagi, cermin mata baru seolah-olah tidak berguna. Pada masa yang sama saya selalu haus dan tidak berhenti membuka peti sejuk. Minuman 100Plus diminum berbotol-botol. Buang air kecil terlalu kerap, selang 15 - 30 minit, dan kena segera jika tidak ...... bocor! Waktu malam, bangun buang air 2 - 3 kali.

Seperti biasa, sebelum temujanji dua kali se tahun dengan doktor Pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), saya perlu menyediakan laporan lengkap ujian darah (puasa). Maka pada 22 Februari 2010, saya pun membuat ujian darah di IPPT/USM, Kepala Batas. Ketika mengambil keputusan ujian darah, doktor bertugas, Dr. Mohd. Sheikh Rejakul memaklumkan kandungan gula dalam darah atau Fasting blood sugar (glucose) saya terlalu tinggi iaitu 17.4 mmol/L (normal di antara 3.9 – 5.8 mmol/L). Keadaan ini amat merbahaya bagi saya yang pernah kena serangan jantung. Doktor nasihati saya supaya segera mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Pada waktu tengahari, saya beserta isteri memandu ke HSB dan terus dimasukkan ke wad kecemasan (Yellow Zone) di selia oleh Dr. Muhd Suffian bin Sabri. Doktor menyuntik insulin di lengan kanan saya dan direhatkan di atas katil. Discaj pada pukul 6.00 ptg setelah level gula turun ke 11.0 mmol/li.

Rupa-rupanya, perubahan yang dialami oleh diri saya sebenarnya sebahagian daripada sintom orang mengidap kencing manis. Sekarang saya lebih berhati-hati memakan makanan yang mengandungi gula dan mengawal level glukosa atau gula di bawah 10.0 mmol/liter. Saya membeli alat mengukur glukosa berkuasa bateri AA, 4 biji. Untuk membantu mengurangkan diabetes, doktor memberi ubat Metformin dan Gliclazide di samping ubat-ubat jantung Coralan (Ivabradine), Aspirin (mencairkan darah), Digoxin (mengawal rentak jantung) dan Simvastatin (mengawal kolestrol).


Saya dengan alat mengukur glukosa jenama GlucoSure Star 
- guna 2 Bateri AAA Alkaline
Nota: Alat ini dibeli disebuah farmasi Kepala Batas, Pulau Pinang pada 22/2/2010.

Kotak set alat mengukur kandungan gula dalam darah. Harga: RM99.00 -Waranti 5 tahun.
Setnya terdiri dari alat pengukur litroniks, satu bekas test strips dan jarum penyucuk.
Buatan ApexBio, Taiwan.
Test Strips - kena beli berasingan. Harga: RM40.00 untuk 25 batang - "pakai & buang"
Jarum@Sterile Lancets untuk mengeluarkan darah dari jari dibeli berasingan RM25.00 untuk 100 batang
"pakai & buang"
 




2 comments:

  1. Saya nak berkongsi air suling gaharu mujarab untuk kencing manis. Utk lebih lanjut call / wsap 0163798677

    ReplyDelete
  2. Saya nak berkongsi air suling gaharu mujarab untuk kencing manis. Utk lebih lanjut call / wsap 0163798677

    ReplyDelete